Post ID: 371

This recipe has already been read 19 times!

Paprik Ayam

By GR    

January 3, 2018

Ingredients

300 gram ayam dipotong kecil

1 cm halia

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 sudu pes cili

3 sudu kicap manis

1 sudu sos tiram

2 sudu sos cili

3 helai daun limau purut

2 biji jagung muda dipotong kasar

Sedikit brokoli

Setengah biji tomato

Sedikit garam

Sedikit gula

Sedikit minyak untuk menumis

Directions

1Ketuk dan cincang halus bawang putih dan hiris halus bawang merah serta halia.

2Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah dan halia

3Setelah layu, masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.

4Selepas itu, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan sos tiram, diikuti dengan kicap manis dan ayam.

5Kacau sebentar dan masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan daun limau purut dan sos cili.

6Kacau dan tutup kuali. Biarkan hingga ayam masak dan pecah minyak.

7Setelah itu, masukkan garam, tomato, jagung muda dan akhir sekali brokoli. Kacau hingga sebati, tutup kuali, biarkan hingga bahan-bahan tadi empuk dan sedia untuk dihidang.

00:00

0 Reviews

All fields are required to submit a review.